Rasuah: 13 Penguat Kuasa, Tiga Orang Awam Didakwa

Diterbitkan: Rabu, 29 Mac 2017 6:30 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tiga belas anggota penguat kuasa melibatkan empat agensi penguatkuasaan dan tiga orang awam yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa di mahkamah berasingan atas tuduhan meminta dan menerima rasuah.

Tertuduh terdiri daripada lima penguatkuasa Imigresen, masing-masing dua penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), empat anggota polis serta tiga orang awam.

Lima daripada mereka yang dituduh di Mahkamah Sesyen Alor Setar adalah dua penguat kuasa KPDNKK, seorang penguat kuasa JPJ dan dua orang awam.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 28 (1)(c) Akta SPRM 2009, Seksyen 18 (a) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Di Mahkamah Sesyen Ipoh, mereka yang dituduh merupakan bekas pengarah Imigresen dan Ketua Unit Imigresen Negeri Perak, manakala di Mahkamah Sesyen Melaka, seorang polis berpangkat Sarjan telah dituduh. Kesemua tertuduh dituduh mengikut Sesyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Selain itu, di Mahkamah Sesyen Johor, tiga anggota polis dituduh mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM.

Di Mahkamah Sesyen Shah Alam pula, mereka yang dituduh adalah tiga penguat kuasa Imigresen dan seorang penguat kuasa JPJ dan seorang orang awam. Mereka dituduh mengikut mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Kesemua penguat kuasa mengaku tidak bersalah dan telah meminta untuk dibicarakan manakala seorang orang awam di yang dituduh di Mahkamah Sesyen Alor Setar telah mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara selama sehari dan denda sebanyak RM5,000.
Tags / Kata Kunci: SPRM , Imigresen , KPDNKK

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan