Sarjan Polis Wanita Didakwa Tiga Tuduhan Rasuah RM18,500

Diterbitkan: Rabu, 29 Mac 2017 12:36 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang sarjan polis wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM18,500, dua minggu lepas.

Bagi pertuduhan pertama Rasyidah Onn, 26, didakwa cuba memperoleh suapan RM6,500; pertuduhan kedua didakwa bersetuju menerima suapan RM6,000; dan pertuduhan ketiga didakwa memperoleh suapan RM6,000 daripada individu sama iaitu Ahmad Firdaose Ramlan.

Tertuduh yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah dekat sini, didakwa melakukan ketiga-tiga kesalahan itu sebagai dorongan agar tidak mengambil tindakan ke atas adik Ahmad Firdaose iaitu Ahmad Zainal Ramlan bersama tiga rakan lain kerana memiliki air ketum.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut melalui panggilan telefon di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Melaka di sini masing-masing pada 11.13 pagi dan 2.27 petang, 16 Mac lepas.

Bagi pertuduhan ketiga Rasyidah didakwa melakukan kesalahan itu di Pizza Hut Delivery, KM 15-1, Tingkat Bawah, Jalan Perniagaan Jelatang 1, Pusat Perniagaan Jelatang, Alor Gajah dekat sini pada 4.35 petang hari yang sama.

Bagi semua pertuduhan tersebut, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membenarkan Rasyidah diikat jamin RM9,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan dan menetapkan 27 April ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa SPRM Ong Cheng Hian manakala tertuduh diwakili peguam James S. Thanjong Tuan. -- Bernama




Tags / Kata Kunci: Rasyidah Onn , SPRM

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan