Dua Pengebom Movida Dipenjara 25 Tahun - Berita Mahkamah | mStar

Dua Pengebom Movida Dipenjara 25 Tahun

Diterbitkan: Rabu, 29 Mac 2017 5:38 PM

Imam (kiri) dan Jonius. Foto AZMAN GHANI/ The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua lelaki dijatuhkan hukuman penjara 25 tahun di atas tuduhan mengebom kelab malam Movida di Puchong tahun lalu sehingga mencederakan lapan orang.

Imam Wahyudin Karjono, 21, dan Jonius Ondie @ Jahali, 25, turut diberikan hukuman tambahan 10 tahun setiap seorang kerana menyokong kumpulan militan IS.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Nordin Hassan membuat keputusan itu pada Rabu dan menetapkan kedua-dua hukuman berjalan serentak.

Imam dan Jonius berdepan dengan lapan tuduhan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh, dan satu tuduhan di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) kerana menggunakan bom tangan untuk melakukan jenayah.

Kedua-dua mereka turut berdepan dengan tuduhan di bawah Seksyen 130(c)(1)(b) Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan pengganas.

Kesalahan itu dilakukan di Movida Boulevard, Lot G2 & G3, Tingkat Bawah, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, Puchong, pukul 2 pagi pada 28 Jun 2016.

Lapan orang cedera dalam insiden itu di mana polis kemudiannya mengesahkan ia merupakan serangan pertama oleh kumpulan pengganas IS di Malaysia.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan