Rusuhan: Mahkamah Tolak Rayuan Chegubard, 11 Individu Lain

Diterbitkan: Selasa, 28 Mac 2017 4:47 PM

 Chegubard
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini Selasa mengekalkan hukuman denda RM6,000 dan sabitan terhadap bekas Ketua PKR Cabang Rembau Badrul Hisham Shaharin dan lapan individu lain bagi kesalahan menyertai perhimpunan dan merusuh di Jalan Parlimen pada 2013.

Hakim Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas menolak rayuan kesemua perayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan Hakim Mahkamah Sesyen Abdul Rashid Daud pada 31 Mei 2016.

Selain Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard, mahkamah  mengekalkan hukuman itu terhadap Adam Adli Abdul Halim, Muhammad Safwan Anang@Talib, Norazimah Mohamad Nor, Ahmad Shauqie Abdul Aziz, Ahmad Syukri Che Ab Razab, Lim Sue Pei, Edy Noor Reduan dan Md Sani Md Shah.

Mereka didakwa menyertai perhimpunan itu bagi melakukan mudarat awam di Jalan Parlimen antara 9.15 pagi dan 11.25 pagi pada 24 Jun 2013, mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa merusuh di persimpangan jalan masuk ke bangunan Parlimen pada 11.25 pagi pada tarikh sama dan didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Mahkamah turut mengekalkan sabitan dan hukuman denda RM2,000 terhadap Muhammad Aiman Hakim Zainal, Annie Ooi Siew Lan dan Mah Chee Hoe atas pertuduhan menyertai perhimpunan sama.

Dalam penghakimannya, Azman berkata setelah meneliti rekod rayuan dan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah memutuskan sabitan bersalah oleh hakim Mahkamah Sesyen adalah selamat untuk dikekalkan.

Katanya mahkamah juga berpuas hati bahawa hukuman yang dijatuhkan oleh hakim Mahkamah Sesyen bukan terlampau berat.

"Hakim Mahkamah Sesyen mengenakan hukuman yang ringan atas alasan tiada senjata digunakan dan tidak merosakkan harta awam," katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zalina Awang@Mamat manakala peguam Haijan Omar dan Zulhazmi Shariff bertindak bagi pihak kesemua perayu. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Chegubard , rusuhan , Jalan Parlimen

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan