Pemandu Bas Ekspres Didakwa Sebabkan Kematian Wanita

Diterbitkan: Selasa, 28 Mac 2017 12:38 PM

PEMANDU bas ekspres Muhd Farizan Awang, 39, di bawa keluar dari Mahkamah Majistret Jawi pada 28 Mac 2017 selepas mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian seorang wanita di Lebuhraya Utara Selatan arah utara berdekatan susur keluar Bukit Tambun sehari sebelumnya. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

NIBONG TEBAL: Seorang pemandu bas ekspres mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Jawi di sini atas pertuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian seorang wanita, Isnin.

Muhd Farizan Awang, 39, didakwa memandu di jalan raya dalam keadaan merbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang wanita di Lebuhraya Utara Selatan arah utara berdekatan susur keluar Bukit Tambun, di sini pada 4.20 pagi hari yang sama.

Lelaki itu yang memakai kemeja T berwarna oren didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun serta denda antara RM5,000 hingga RM20,000 selain lesen memandu digantung.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Afiq Nazri Zaharinan menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan terhadapnya dikurangkan atas alasan menyara tiga orang anak dan isteri yang tidak bekerja.

Majistret Shamshol Azwa Martadza kemudian membenarkan Muhd Farizan diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan lesen memandu tertuduh digantung sehingga kes tersebut selesai.

Mahkamah menetapkan 4 Mei ini untuk sebutan semula kes bagi tertuduh melantik peguam. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Kemalangan Bas

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan