Tragedi Rempuh Basikal: Pemandu Mengaku Tidak Bersalah

Diterbitkan: Selasa, 28 Mac 2017 12:20 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Seorang jurujual wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Trafik di sini pada Selasa atas pertuduhan memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian lapan remaja lelaki pada 18 Februari lepas.

Sam Ke Ting, 21 membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Salina Omar selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Lingkaran Dalam di sini pada 3.20 pagi menurut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak melebihi RM20,000 serta lesen memandu digantung.

Mahkamah turut memutuskan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin selain pasport diserahkan kepada mahkamah dan lesen memandu digantung sehingga kesnya selesai.

Mahkamah menetapkan 13 April ini sebagai tarikh pengurusan kes.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Johor Roslan Mat Nor manakala tertuduh diwakili peguam Faizal Mokhtar dan Bustaman Menon.

Dalam kejadian itu, sebuah kereta yang dipandu seorang wanita merempuh sekumpulan remaja yang sedang berbasikal di tepi jalan berkenaan.

Insiden menyebabkan lapan remaja - Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhan, 16; Mohammad Azrie Danish Zulkefli, 14; Haizad Kasrin, 16; Muhammad Shahrul Nizam Maruddin, 14; Fauzan Halmijan, 13; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimee, 14; Mohamad Azhar Amir,16; dan Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14 maut.

Kejadian turut mencederakan lapan lagi remaja lelaki lain yang turut serta dalam aktiviti berkenaan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Rempuh Basikal

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan