Bekas Pekerja Ladang Dituduh Bunuh Penarik Kereta - Berita Mahkamah | mStar

Bekas Pekerja Ladang Dituduh Bunuh Penarik Kereta

Diterbitkan: Selasa, 28 Mac 2017 2:31 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pekerja ladang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini Selasa atas pertuduhan membunuh seorang penarik kereta di lampu isyarat di Jalan Taman Ibu Kota, Setapak, di sini, pada 27 Julai tahun lalu.

D. Manivannan, 33, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Radziah Kamaruddin.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes tersebut di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Manivannan, bersama-sama dua orang lagi yang masih bebas, didakwa membunuh V. Kandasamy, 44, di Jalan Taman Ibu Kota, Setapak, di sini pada 3.35 petang, 27 Julai 2016.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 29 Mei depan untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: bunuh , penarik kereta
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan