Ahli Politik Bergelar Datuk Didakwa Kes Dadah

Diterbitkan: Selasa, 28 Mac 2017 5:42 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang ahli politik di Johor yang bergelar Datuk didakwa atas pertuduhan dadah di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh di sini.

Tertuduh, Datuk Mohamed Mustafa Abdul Kadir, 57, yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Bakri, Muar bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memberikan dadah jenis methamphetamine kepada diri sendiri kira-kira pukul 6 petang di Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, 1 Ogos 2016.

Bagi kesalahan tersebut, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tertuduh juga boleh dihukum di bawah Seksyen 15(1)(b) dibaca bersama Seksyen 38B akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali dan perintah pengawasan selama tidak lebih daripada tiga tahun.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Shazreen Nadia Saaban, manakala tertuduh diwakili peguam, Salmi Hamdan Sabran.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 April ini untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Tags / Kata Kunci: Datuk , ahli politik , dadah

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan