Empat Bersaudara Didakwa Edar 14.6 Kilogram Dadah

Diterbitkan: Isnin, 27 Mac 2017 12:49 PM

(Ubah saiz teks)

KAMPAR: Empat bersaudara termasuk tiga beradik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas pertuduhan mengedar 14.6 kilogram methamphetamine 13 Mac lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Kalitazan@Nur Azan Abdullah, 44, serta dua adiknya R. Elanggo, 30, dan R. R Viknesswara, 28, serta sepupu mereka B. Kalidass, 41, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Asyifa Redzuan.

Keempat-empat mereka yang tidak bekerja didakwa mengedar dadah itu di bangsal pertama tapak tanah lombong kosong kawasan jeram, Mukim Kampar, Gua Tempurung di sini, kira-kira 2 petang pada 13 Mac lepas. 

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Azriah Zaid manakala kesemua tertuduh diwakili Sukhdave Singh dan Keshvinder Singh.

Terdahulu, Sukhdave memohon kepada mahkamah untuk memindahkan kesemua tertuduh dari Penjara Taiping ke Penjara Sungai Buloh, Selangor berikutan anggota keluarga mereka tinggal di sana. 

Bagaimanapun, mahkamah memaklumkan bahawa bukan bidang kuasa pihaknya untuk berbuat demikian, sebaliknya meminta pihak peguam menulis surat kepada Pengarah Penjara Taiping bagi tujuan itu. 

Mahkamah menetapkan 8 Mei ini untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Dadah

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan