Remaja Memandu Lawan Arus Mengaku Tidak Bersalah Sebabkan Kematian

Diterbitkan: Jumaat, 24 Mac 2017 10:45 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Remaja perempuan yang memandu melawan arus di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) berhampiran Permatang Pauh didakwa kerana menyebabkan kematian seorang lelaki.

Dia didakwa mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda RM20,000 jika sabit kesalahan.

Ng Pei Ven bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Dia diwakili oleh peguamnya, Parmjit Singh manakala Datuk Razali Che Ani bertindak sebagai pendakwaraya.

Majistret Jamiliah Abd Manap membenarkan Ng diikat jamin dengan bayaran RM7,000 dengan dua penjamin dan menetapkan 12 Mei ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu keputusan laporan kimia.

Dalam kejadian kira-kira 7.50 pagi pada 14 Mac lalu, kereta jenis Proton Gen 2 yang dipandu secara melawan arus oleh Ng dari arah Sungai Dua menghala Permatang Pauh melanggar beberapa kenderaan lain sehingga menyebabkan kematian seorang juruteknik kilang, Mohd. Fandi Rosli.

Dia telah didapati positif dadah di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai pada pukul 5 petang sehari selepas kemalangan itu.

Dia mengaku tidak bersalah terhadap kesalahan itu mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih daripada dua tahun.

Tags / Kata Kunci: Ng Pei Ven

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan