Pandu Lawan Arus, Model Bakal Didakwa Sebabkan Kematian

Diterbitkan: Khamis, 23 Mac 2017 12:55 PM

Pei Ven diiringi anggota polis ketika tiba di mahkamah majistret Bukit Mertaham pada 17 Mac 2017 untuk didakwa atas kesalahan penyalahgunaan dadah. - Filepic

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang model sambilan yang memandu melawan arus sehingga menyebabkan kematian seorang pemandu lau di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) baru-baru ini, akan didakwa mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Seorang jurucakap polis yang enggan dinamakan berkata, suspek, Ng Pei Ven, 19, akan didakwa di mahkamah majistret Bukit Mertajam pada Jumaat mengikut akta tersebut kerana memandu di bawah pengaruh dadah dan menyebabkan kematian atau kecederaan kepada orang lain.

Hukuman maksium selama 10 tahun dan denda RM20,000 boleh dikenakan jika sabit kesalahan.

Pei Ven juga berdepan hukuman penggantungan lesen minimum selama lima tahun.

Pada 17 Mac lalu, remaja itu didakwa mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun dan dendan RM5,000 jika didapati bersalah.

Pei Ven didakwa memandu menentang arus di laluan PLUS sehingga menyebabkan pelanggaran enam buah kenderaan di kilometer 134 lebuh raya tersebut, selain mengakibatkan kematian Mohamad Fandi Rosli, 26, dalam kejadian yang berlaku kira-kira 7.50 pagi pada 14 Mac lalu.

Tags / Kata Kunci: Remaja Lawan Arus , Ng Pei Ven

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan