Kes Datuk Seri Bersama 21 Anggota Geng 24 Ke Mahkamah Tinggi KL

Diterbitkan: Isnin, 20 Mac 2017 4:32 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Perbicaraan melibatkan 22 anggota Geng 24 di Pulau Pinang, termasuk seorang ahli perniagaan bergelar "Datuk Seri" telah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Hakim Mahkamah Sesyen, Roslan Hamid berkata, kes itu akan didengar di ibu negara kerana ia di bawah bidang kuasa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 Sosma.

Roslan berkata, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memaklumkan kepada peguam yang mewakili tertuduh berhubung tarikh kes itu.

"Sebarang pertikaian atau jaminan perlu dikemukakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur," katanya.

Datuk Seri Ng Chian Sia, 55 dipercayai ketua kumpulan itu dan 21 ahlinya ditahan dalam operasi yang dikenali Ops Cantas Mutiara pada 28 Januari lalu hasil kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan Pulau Pinang.

Kesalahan mengikut Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan boleh membawa hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun, jika bersabit kesalahan.

Tags / Kata Kunci: Geng 24 , Mahkamah Tinggi

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan