Onani Dalam Lif, Pemandu Van Didakwa

Diterbitkan: Isnin, 20 Mac 2017 4:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu van sebuah kedai cat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan melakukan perbuatan kelucahan melampau iaitu dengan beronani di dalam lif, minggu lepas.

Mohamad Syahrul Azizi Shah Fri, 28, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Mahyudin Mohmad Som.

Lelaki itu didakwa telah melakukan perbuatan kelucahan melampau iaitu dengan beronani sehingga air maninya mengenai seorang wanita yang berusia 34 tahun di dalam lif, sebuah pangsapuri, di Bandar Tasik Selatan, di sini, pada 7.50 pagi, 16 Mac lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adilah Noordin tidak menawarkan sebarang jaminan.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam, Azi Azlin Zulkifli merayu supaya dibenarkan diikat jamin yang minimum dengan alasan dia berjanji tidak akan menganggu mangsa. 

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin serta melarang tertuduh mendekati mangsa dan menetapkan 14 April ini untuk sebutan semula kes.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Bandar Tasik Selatan , onani

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan