Tiga Polis, Seorang Bekas Pegawai AADK Didakwa Rasuah

Diterbitkan: Khamis, 16 Mac 2017 6:56 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Empat penguat kuasa dan bekas penguat kuasa dari empat negeri yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa di mahkamah berasingan atas tuduhan meminta dan menerima rasuah.

Mereka yang dituduh termasuk seorang Inspektor, dua Sarjan dan seorang bekas pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Empat yang dituduh masing-masing seorang di Mahkamah Sesyen Sandakan, Mahkamah Sesyen Georgetown, Mahkamah Sesyen Melaka dan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, sebelum dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam bagi pertuduhan berasingan.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16 dan 17 Akta SPRM yang boleh membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun atau denda RM10,000 atau lima kali ganda daripada nilai suapan, mengikut mana-mana lebih tinggi.

Selain itu, mereka juga didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, sekiranya didapati bersalah.

Bagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan Mahkamah Sesyen Shah Alam pula, kes akan disebut semula secara serentak pada 14 April depan di Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana melibatkan tertuduh yang sama.

Tags / Kata Kunci: SPRM , AADK

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan