Tragedi Katamaran: Tiga Tertuduh Mengaku Tidak Bersalah

Diterbitkan: Khamis, 16 Mac 2017 6:21 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Tiga individu pada Khamis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen berhubung insiden bot pelancong jenis katamaran yang karam di kawasan perairan Pulau Mengalum, pada 28 Jan lalu, yang setakat ini mengorbankan empat pelancong China.

Sharezza Salian, 26, yang merupakan juragan bot yang membawa 28 penumpang dan kru berkenaan dituduh secara cuai membawa bot itu di kawasan perairan Pulau Mengalum menyebabkan kecederaan penumpang pada 28 Januari, antara 10 dan 11 pagi, mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan.

Sharezza yang berasal dari Pulau Gaya juga dituduh menyebabkan kematian dua pelancong lelaki China, He Runyuan, 46 dan Xie Luo, 49, dan dua pelancong wanita China, Wang Jianyi, 38, dan Zhang Xiau Kun, 27, pada tarikh, masa dan tempat yang sama menurut Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

Pengurus Operasi Syarikat Golden Sailing Travel and Tour Sdn Bhd yang memiliki bot berkenaan, Leong Vin Jee,45, pula dituduh secara cuai membenarkan Sharezza membawa bot berkenaan yang menyebabkan kecederaan penumpang bot pada 28 Jan, kira-kira jam 9.15 pagi di Kampung Tanjung Aru Jeti Lama, mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan.

Leong turut menghadapi tuduhan menyebabkan kematian keempat-empat pelancong China berkenaan dan dengan cuai membenarkan Sharezza membawa bot berkenaan pada tarikh, tempat dan masa yang sama mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

Turut dihadapkan ke mahkamah hari ini ialah Pengarah Syarikat Golden Sailing and Travel and Car Rental Sdn Bhd, Chung Ket Siew, 64, yang dituduh di bawah Peraturan 9, Peraturan-Peraturan Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2008 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Chung turut didakwa di bawah Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2008 kerana gagal meminda dan melaporkan nama juragan bot berkenaan seperti yang diperuntukkan dalam lesen bot mereka kepada pihak berkuasa.

Selain itu, Chung juga dituduh mencederakan penumpang bot berkenaan kerana dengan cuai membenarkan Leong untuk mengurus dan menggunakan bot berkenaan ke laut yang bleh membahayakan nyawa dan keselamatan penumpang mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan.

Beliau juga dituduh menyebabkan kematian keempat-empat pelancong China berkenaan pada tarikh, masa dan tempat yang sama menurut Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Sharezza dan Leong turut dituduh gagal menyediakan kemudahan keselamatan yang sepatutnya seperti jaket keselamatan dan pelampong kepada penumpang bot itu seperti dikehendaki dalam Jadual Keempat, Peraturan-Peraturan Pelabuhan dan Dermaga 2008 yang merupakan satu kesalahan di bawah Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pelabuhan dan Demaga 2008.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu pada 28 Januari, kira-kira jam 9.15 pagi di Kampung Tanjung Aru Lama Jetty, dalam daerah Kota Kinabalu.

Leong dan Sharezza turut menghadapi tuduhan mengikut Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2008 atas kesalah mengambil kru dan penumpang di jeti yang tidak dibenarkan seperti jeti Kampung Tanjung Aru Lama.

Kesemua tertuduh juga, kecuali Sharezza yang sedang menjalani hukuman penjara atas pengakuannya terhadap satu tuduhan berhubung kes bot karam itu sebelum ini, dibebaskan dengan ikat jamin antara RM3,000 hingga RM5,000 bagi setiap tuduhan dengan dua orang penjamin tempatan.

Hakim Noorhafizah menetapkan 6 Jun depan sebagai tarikh perbicaraan kesemua kes berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Robert Pasang Alam, DPP Nartiah F. Michelle Sambatan dan DPP Nurul Nazifa Mohd Iyen di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Noorhafizah Mohd Salim. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Tragedi Kataraman Sabah

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan