Inspektor Polis Didakwa Terima Suapan RM4,000

Diterbitkan: Khamis, 16 Mac 2017 1:41 PM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas dua pertuduhan menerima suapan RM4,000 tahun lepas.

Yugeswaran Surinaraina, 28, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ummu Kalthom Abdul Samad.

Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa memperoleh suapan RM2,000 daripada Abd Ghani Mohd Alip sebagai dorongan bagi menutup mulut pegawai bawahan berkaitan dengan pengambilan syabu oleh Ayub Abd Ghani pada 17 Jan 2016 antara 10 pagi hingga 11 pagi di Balai Polis Bandar Sandakan.

Bagi pertuduhan kedua, Yugeswaran didakwa memperoleh suapan RM2,000 daripada Abdul Ghani sebagai dorongan untuk diberikan kepada pendakwa raya bagi menutup kes tipu Ayub pada 21 Jan 2016 antara 5 petang hingga 5.20 petang di tempat letak kereta di hadapan Restoran Habbeb Chicken Rice, Bandar Maju Sandakan. 

Yugeswaran didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Ummu Kalthom membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan RM6,000 deposit dengan seorang penjamin dan pasport antarabangsa tertuduh diserahkan kepada SPRM.

Hakim juga menetapkan 27 April sebagai tarikh pengurusan kes.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya SPRM Awang Samsul Baharam Bungso dan tertuduh diwakili peguam Ram Singh. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Polis , Rasuah

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan