Rasuah: 11 Pegawai, Anggota Imigresen Sarawak Direman

Diterbitkan: Khamis, 16 Mac 2017 12:00 PM

Sebahagian daripada 11 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen Sarawak antara yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas tuduhan rasuah di Kompleks Mahkamah Kuching, Khamis.

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Sebelas pegawai dan anggota Jabatan Imigresen Sarawak ditahan reman selama tujuh hari bermula Khamis bagi membantu siasatan berkaitan dengan rasuah.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Zulhairil Sulaiman selepas mendengar permohonan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Kuching. 

Beberapa media sebelum ini melaporkan lima lelaki dan enam wanita berumur antara 33 dan 55 tahun itu ditahan di empat lokasi berasingan iaitu Ibu pejabat Jabatan Imigresen Sarawak; Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching; Pejabat Imigresen Pending dan Depoh Tahanan Imigresen Serian dalam Op Batas 2, semalam.

Mereka disyaki menerima suapan bagi melindungi kehadiran pendatang asing tanpa izin (Pati) yang tidak mempunyai dokumen perjalanan dan permit pekerjaan sah di negeri ini.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Imigresen Sarawak , SPRM

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan