Peras Ugut: Pemandu Uber Sambilan Dihadap Ke Mahkamah - Berita Mahkamah | mStar

Peras Ugut: Pemandu Uber Sambilan Dihadap Ke Mahkamah

Diterbitkan: Rabu, 15 Mac 2017 1:30 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang pemandu Uber sambilan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan melakukan pemerasan wang daripada anak lelaki kepada seorang paderi yang diculik pada 13 Februari lepas.

Lam Chang Nam, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan  dibacakan di hadapan Majistret Mohd Azali Ibrahim.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memeras ugut Jonathan Koh Szu Hao, 33, dengan meminta wang sebanyak RM30,000 dengan tujuan membebaskan ayah mangsa di Paradigm Mall, Kelana Jaya, di sini, kira-kira pukul 8.46 malam, 6 Mac lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan tertuduh diikat jamin bagi mengelak mangsa diganggu dan menetapkan 26 April depan untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini, media melaporkan paderi tersebut, Raymond Koh, 62, diculik sekumpulan lelaki bertopeng di Jalan SS4B/10, dekat sini, ketika dalam perjalanan untuk bertemu rakannya.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Uber , paderi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan