Bekas Pengarah Miti Kelantan Direman

Diterbitkan: Rabu, 15 Mac 2017 2:36 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Bekas Pengarah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) Kelantan direman bagi membantu siasatan kerana disyaki membuat tuntutan palsu sebanyak RM190,000.

Pendaftar Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Norida Mohd Husin mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari bermula Rabu.

Ketika ditemui di sini, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan, Datuk Moh Samsuddin Yusof berkata, suspek berumur 35 tahun itu ditahan di pejabatnya di sebuah jabatan di Putrajaya kira-kira pukul 6 petang semalam.

"Dia dibawa ke Kota Bharu malam tadi untuk membantu siasatan kes itu," katanya.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Miti Kelantan , SPRM

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan