Rasuah: Pegawai Kanan Bernas Dipenjara 60 Bulan, Denda RM365,000

Diterbitkan: Isnin, 13 Mac 2017 2:10 PM

GAMBAR HIASAN

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang bekas pegawai kanan Padiberas Nasional dijatuhi hukuman penjara 60 bulan serta denda RM365,000 oleh Mahkamah Sesyen pada Isnin bagi enam pertuduhan rasuah antara 2013 dan 2014.

Hakim Zanol Rashid Hussain menjatuhkan hukuman itu terhadap Hassin Mad Zin, 55, selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap semua pertuduhan.

Bagi pertuduhan pertama, Hassin dipenjara selama 10 bulan dan denda RM45,000 kerana menerima suapan RM9,000 daripada pemilik WH Awana Enterprise pada 6 Ogos 2014 bagi mendapatkan 30 tan beras ST15 bagi bulan Julai tahun sama daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Untuk lima lagi pertuduhan, tertuduh dikenakan hukuman penjara 10 bulan dan denda RM64,000 bagi setiap pertuduhan.

Bagi lima pertuduhan itu, Hassin didakwa menerima suapan RM12,800 pada  September, Oktober, November, Disember 2013 dan Januari 2014 daripada pemilik  Syarikat Berkat Zarul Enterprise sebagai dorongan mendapatkan 40 tan beras ST15  bagi syarikat itu bagi bulan September, Oktober dan November serta dua kali bagi Disember daripada kementerian sama.

Untuk pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menerima suapan itu menerusi akaun Bank Islam Cawangan Alor Setar manakala bagi lima lagi pertuduhan dia didakwa berbuat demikian menerusi akaun bank sama di cawangan Guar Chempedak.

Bagi semua pertuduhan itu, Hassin didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda  tidak kurang lima kali ganda nilai suapan. 

Zanol Rashid yang memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak bagaimanapun membenarkan penangguhan selepas selesai proses rayuan tertuduh.

Tertuduh kemudian membayar kesemua denda tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia A. Hafiizh Abu Bakar manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Sofee Razak. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Bernas , Rasuah , Denda

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan