Mahkamah Tinggi Tolak Keputusan Anwar Cabar Keputusan Penjara

Diterbitkan: Jumaat, 10 Mac 2017 3:15 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menolak permohonan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya untuk mencabar keputusan pengarah Penjara Sungai Buloh yang tidak membenarkan sentuhan fizikal antara mereka ketika lawatan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad memutuskan seorang banduan tertakluk kepada arahan dan peraturan oleh ketua pengarah penjara dan mahkamah tidak boleh campur tangan dalam proses membuat keputusan yang dijalankan oleh pihak penjara.

Nik Hasmat dalam penghakiman ringkasnya berkata keputusan pihak penjara tidak membenarkan sentuhan fizikal ketika lawatan bukan sesuatu yang tidak rasional, tidak sah dan tidak mematuhi prosedur.

Hakim itu berkata tiada keperluan untuk pihak penjara menyatakan alasan mengapa mereka menolak permohonan yang dikemukakan oleh pemohon (Anwar).

"Hakikatnya pemohon (Anwar) kini ialah seorang banduan dan beliau tertakluk kepada segala arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah Penjara,"katanya yang turut memerintahkan kesemua pemohon membayar kos sebanyak RM1,000 kepada responden iaitu Pengarah Penjara Sungai Buloh, Komisioner Jeneral Penjara dan Menteri Dalam Negeri.

Selain Anwar, 69, pemohon dalam kes itu ialah isterinya Datuk Seri Dr WanAzizah Wan Ismail, 64, dan empat anak perempuan mereka Nurul Izzah, 36, Nurul Nuha, 33, Nurul Ilham, 29, dan Nurul Iman, 26.   

Turut memfailkan permohonan itu ialah anak Nurul Izzah, Raja Nur Safiyah Raja Ahmad Shahrir Iskandar dan Raja Ahmad Harith, masing-masing berumur 10 dan lapan tahun, serta anak Nurul Nuha iaitu Sulaimaan Mohamad Khairul dan Yahya, masing-masing berumur lima dan empat tahun.

Mereka memohon perintah bahawa keputusan pengarah Penjara Sungai Buloh bertarikh 14 Mac 2016 yang tidak membenarkan sentuhan fizikal antara Anwar dan kesemua anggota keluarga dibatalkan.   

Mereka mendakwa semasa lawatan ke penjara yang dibenarkan setiap tiga minggu sekali, Anwar yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, dipisahkan daripada mereka melalui dinding kaca dan percakapan hanya dibuat melalui telefon.

Anwar, melalui surat peguam caranya bertarikh 2 Mac 2016, telah memohon kepada ketiga-tiga responden supaya membenarkan sentuhan fizikal semasa lawatan keluarga ke penjara tetapi mendakwa pengarah Penjara Sungai Buloh menolak permohonan berkenaan melalui surat bertarikh 14 Mac 2016.

Pada 3 Nov 2016, mahkamah memberi kebenaran kepada Anwar dan keluarganya untuk memulakan prosiding semakan kehakiman selepas mendapati terdapat isu yang perlu dibicarakan.

Peguam N. Surendran yang mewakili kesemua pemohon ketika ditemui pemberita berkata pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan hari ini secepat mungkin.  -Bernama

Tags / Kata Kunci: Anwar Ibrahim , Mahkamah tinggi

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan