Suri Rumah Didakwa Dera, Bunuh Pembantu Rumah

Diterbitkan: Jumaat, 10 Mac 2017 1:04 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang suri rumah berusia 42 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini atas dua pertuduhan mencederakan dan membunuh dua pembantu rumahnya.

Di Mahkamah Sesyen, Chan Lay Lee didakwa sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap warga Kemboja, Anad menggunakan batang besi seterika di antara Julai 2016 dan 25 Februari tahun ini di sebuah rumah di Lebuhraya Jelutong.

Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret pula, Chan didakwa membunuh seorang warga Indonesia, Jubaedah pada 25 Februari lalu antara pukul 11 pagi hingga 4.45 petang.

Bagi kesalahan itu, Chan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mandatori jika sabit kesalahan.

Chan tidak dibenarkan untuk diikat jamin.

Hakim Mahkamah Sesyen, Irwan Suainbon dan majistret Mohamad Amin Shahul Hamid menetapkan 11 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Tertuduh diwakili peguam A. Rubenkumar manakala pendakwaan di Mahkamah Sesyen dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Huda Idris, dan Nurul Fatin Hussin di Mahkamah Majistret.

Chan dan suaminya ditahan pada 26 Februari lalu.

Tags / Kata Kunci: Chan Lay Lee , bunuh , dera , pembantu rumah

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan