Operator Kilang Dipenjara Lima Tahun Beri Sokongan, Miliki Bahan Daesh

Diterbitkan: Selasa, 7 Mac 2017 5:10 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang operator kilang dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, kerana memberi sokongan dan memiliki bahan-bahan berkaitan kumpulan pengganas Daesh.

Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Wan Syahrul Naim Wan Junus, 29, dia selepas dia mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan.

Tertuduh dihukum penjara lima tahun bagi pertuduhan memberi sokongan kepada Daesh dan penjara dua tahu bagi pertuduhan memiliki bahan-bahan berkaitan kumpulan pengganas itu.

Azman memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak bermula daripada tarikh dia ditangkap pada 29 Jun 2016.

Dalam penghakimannya, Azman berkata walaupun mahkamah mengambil kira pengakuan bersalah dan penyesalan tertuduh namun, hukuman perlu menggambarkan ketegasan mahkamah supaya kesalahan itu memberi pengajaran kepada orang lain.

"Kamu ada kelulusan tapi kamu memilih untuk buat benda-benda yang menyebabkan keganasan...Kalau ada keluarga atau sahabat kamu di Kelab Movida itu, saya pasti kamu tidak akan setuju dengan tindakan itu," katanya. 

Tertuduh, yang diwakili peguam Mohamad Zaidan Daud, merayu hukuman ringan atas alasan pengakuan bersalah itu telah menjimatkan kos dan masa semua pihak.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Izhanudin Alias memohon hukuman berbentuk pencegahan mengambil kira faktor kepentingan awam yang melebihi kepentingan peribadi tertuduh. 

Wan Syahrul Naim, anak bongsu daripada tiga beradik, mengaku memberi sokongan kepada Daesh melalui aplikasi telegram di dalam telefon bimbitnya di Kampung Pondok Cegar, Pendang, Kedah di antara 25 Mac dan 29 Jun tahun lepas. 

Dia dituduh mengikut Seksyen 130J(1)(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak melebihi 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang digunakan atau diniat untuk digunakan bagi melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh memiliki bahan-bahan berunsur perbuatan keganasan dan berkaitan Daesh pada 11.15 malam di tempat dan tarikh sama mengikut Seksyen 130JB (1)(a) Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucutkan hak ke atas mana-mana item terbabit, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, pada 28 Jun tahun lepas, seseorang telah memuat turun sekeping gambar 'screenshot' daripada 'Facebook' menerusi aplikasi telegram berhubung insiden pengeboman di Movida, Puchong dengan tertuduh kemudian membuat ucapan 'Allahuakbar' dan 'Tahniah' terhadap kejayaan melakukan serangan bom itu. 

Pada 29 Jun tahun lepas, polis menangkap tertuduh di rumahnya dan siasatan mendapati tertuduh memiliki bahan-bahan yang berunsur perbuatan pengganas dan berkaitan kumpulan militan Daesh. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: Daesh , Wan Syahrul Naim

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan