Dua Pegawai Imigresen Ke Tali Gantung, Bunuh Pati Warga Bangladesh

Diterbitkan: Jumaat, 3 Mac 2017 4:07 PM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Dua pegawai Jabatan Imigresen Perlis dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, Jumaat, selepas didapati bersalah membunuh seorang tahanan warga Bangladesh pada 2014.

Pesuruhjaya Kehakiman Abu Bakar Katar menjatuhi hukuman itu terhadap Mohd Aminuddin Mohd Yasin, 35, dan Zuhairul Effendey Zulkafli, 35, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Kedua-dua tertuduh didapati bersalah membunuh pendatang asing tanpa izin (Pati) Abu Bakar Siddiqe, 45 di pantri pejabat Imigresen, Kompleks Kementerian Dalam Negeri di sini antara 10 malam dan 11 malam pada 29 Oktober 2014 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Abu Bakar dalam keputusannya berkata mahkamah meneliti semua intipati kes pendakwaan dan telah menimbangkan pembelaan secara mendalam.

"Pihak pendakwaan berjaya membuktikan tiada keraguan munasabah terhadap kes tersebut yang membawa hukuman mati mandatori, dan segala bukti pembelaan dan kenyataan tertuduh hanyalah bersifat penafian semata-mata," katanya ketika menyampaikan keputusan itu.

Kedua-dua tertuduh pada mulanya dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kangar pada 1 Okt 2015, di akhir kes pendakwaan tanpa dipanggil membela diri terhadap pertuduhan itu.

Pihak pendakwaan kemudiannya merayu ke Mahkamah Rayuan, dan mahkamah itu membenarkan rayuan serta memerintahkan kedua-dua tertuduh membela diri atas pertuduhan itu.

Mengikut fakta kes, mangsa yang mengadu sakit gastrik dan meminta ubat daripada pihak Imigresen telah dibawa keluar daripada lokap untuk ke pantri oleh tertuduh dan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tertuduh sedang memegang kayu panjang.

Sebaik kembali ke lokap, mangsa memberitahu rakannya di dalam sel bahawa dia sakit kerana telah dipukul oleh anggota Imigresen sambil menunjukkan kesan kecederaan, sedangkan sebelum ke pantri mangsa tidak cedera.

Beberapa hari kemudian kecederaan mangsa semakin parah, lalu dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pada 4 Nov 2014 dan hasil bedah siasat mengesahkan sebab kematian ialah 'multiple blunt force trauma due to soft tissues injuries'. 

Ketika Abu Bakar menjatuhkan keputusan itu, kedua-dua tertuduh kelihatan tenang, tetapi ahli keluarga dan rakan sekerja kedua-duanya yang turut hadir dilihat menangis.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Badius Zaman Ahmad manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Rahamatullah Baharudeen.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Imigresen , Bangladesh , Pati

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan