Guru Wanita Didakwa Cederakan Murid Tahun Tiga

Diterbitkan: Jumaat, 3 Mac 2017 3:00 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang guru Matematik didakwa di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan mencederakan seorang murid perempuan Tahun Tiga di sebuah sekolah kebangsaan di sini, tahun lalu.

Wanita berusia 27 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah.

Tertuduh yang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia tujuh bulan didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap murid perempuan yang ketika itu berusia sembilan tahun di sebuah sekolah, pada 8.10 pagi, 16 Jun 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Natasha Chin Le Jy menawarkan jaminan RM1,500 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh yang kelihatan tenang sepanjang prosiding.

Tertuduh yang diwakili peguam Mohd Fadhly Yaacob memohon mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin yang rendah atas alasan wanita itu sudah berkhidmat sebagai guru selama tiga tahun.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 April untuk sebutan semula kes.

Turut hadir di mahkamah ialah suami tertuduh, wakil sekolah dan ibu mangsa.-- Bernama 




Tags / Kata Kunci: Matematik , Fadzlin Suraya

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan