Rasuah: Pegawai TLDM Dipenjara Lapan Bulan, Denda RM80,000

Diterbitkan: Khamis, 2 Mac 2017 5:12 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dipenjara lapan bulan dan denda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan menerima suapan lebih RM90,000,  tiga tahun lalu.

Terdahulu, Kapten Abdul Aziz Gaffor, 56, yang bertugas sebagai Pegawai Pemerintah Depot Bekalan Armada TLDM, Lumut menukar pengakuan kepada bersalah atas kesemua tuduhan ke atasnya.   Hakim S. Indra Nehru turut memerintahkan harta milik Abdul Aziz bernilai kira-kira RM300,000 dilucutkan hak.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu bermula hari ini dan akan dipenjara 10 bulan lagi jika gagal membayar denda bagi setiap pertuduhan.

Lelaki itu didakwa menerima barang berharga tanpa balasan iaitu seutas jam tangan jenama Rolex bernilai RM57,071 pada Mac 2014 dan telefon bimbit jenama Vertu bernilai RM37,145 pada Disember 2014 daripada Hussin Roslim@Roslind yang tertuduh mengetahui bahawa syarikat-syarikat milik Hussin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya. 

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Desa Manjung Raya,, Manjung.

Abdul Aziz didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa raya Norzilati Izhani Zainal@Zainol dan Abdul Rashid Sulaiman manakala tertuduh diwakili peguam Zamri Idrus, Collin Andrew dan Fadly Hashim.

Terdahulu peguam tertuduh, Zamri, meminta mahkamah untuk tidak menjatuhkan hukuman penjara dan hanya mengenakan denda kepada tertuduh.

"Tertuduh telah hilang pencen dan gratuiti untuk apa yang beliau kerja dan usaha sejak 1979 bernilai hampir RM1 juta dan ini secara langsung telah menjimatkan kos kerajaan Malaysia.

"Mahkamah juga perlu mengambil kira faktor malu yang dihadapi tertuduh sejak hari pertama sehingga hari ini akan berterusan kerana kes membabitkan tangkapan tertuduh mendapat liputan besar media," katanya. 

Bagaimanapun, Norzilati berhujah pihak pembelaan perlu tahu kesan dan akibat atas perbuatan yang dilakukan Abdul Aziz.

"Oleh itu, pihak pendakwaan sekali lagi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal ke atas tertuduh atas pertuduhan yang telah disabitkan," katanya.

Terdahulu, pada 9 Sept 2015, Abdul Aziz mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan itu.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: TLDM , Vertu

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan