200 Saksi Dijangka Beri Keterangan Kes Bekas Pengarah JAS

Diterbitkan: Selasa, 28 Februari 2017 2:35 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kira-kira 200 saksi dijangka memberi keterangan dalam perbicaraan kes bekas pengarah Jabatan Air Sabah dan dua yang lain di Mahkamah Sesyen di sini yang menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM61.48 juta.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)Husmaruddin Hussin memberitahu Hakim Abu Bakar Manat pada prosiding pada Selasa, terdapat kemungkinan tidak semua saksi dipanggil memberi keterangan.

Beliau juga berkata pihak pendakwaan telah menyerahkan kepada pihak pembelaan dokumen berkaitan dalam bentuk cakera padat (CD) dan menjemput peguam bela tertuduh untuk hadir ke pejabat SPRM Sabah sekiranya mereka mahu memeriksa dokumen asal.

Peguam PJ Pereira dan Baldev Singh membuat permohonan untuk meneliti dokumen berkenaan di pejabat SPRM, dua bulan sebelum perbicaraan bermula.

Mahkamah kemudiannya menetapkan perbicaraan bermula 4 Julai hingga 28 Julai dan 8 Ogos hingga 25 Ogos. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Jabatan Air Sabah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan