Koperal Polis Didakwa Samun Warga Indonesia - Berita Mahkamah | mStar

Koperal Polis Didakwa Samun Warga Indonesia

Diterbitkan: Selasa, 28 Februari 2017 3:59 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan melakukan samun bersenjata terhadap seorang warga Indonesia dan melepaskan satu das tembakan.

Koperal Chan Weng Sin, 55, didakwa melakukan samun terhadap Fendy Choo, pekerja siber kafe dengan menyamun wang tunai berjumlah RM2,000 menggunakan pistol di dalam sebuah kedai di Taman Sri Petaling, Brickfields di sini pada 7.05 pagi, 16 September 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun, denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, agensi berita Bernama melaporkan, tertuduh didakwa telah melepaskan satu das tembakan menggunakan pistol sama tanpa apa-apa sebab yang munasabah di hadapan sebuah kedai di Sri Petaling, Brickfields di sini pukul 7.25 pagi, hari sama.

Pertuduhan mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 43 akta sama, yang membawa hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani Mohd Radzi tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh, bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam Gerard Lazarus memohon supaya anak guamnya dibenarkan diikat jamin RM5,000 bagi kedua-dua pertuduhan.

Hakim Datin M.Kunasundary membenarkan Chan diikat jamin RM8,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin dan tertuduh juga tidak dibenarkan berhubung atau mengganggu mangsa.

Mahkamah menetapkan 24 Mac untuk sebutan kes.

Tags / Kata Kunci: Polis Samun Warga Indonesia
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan