Letupan Bunga Api: Pengarah, Pembantu Tadbir MPK Dihadapkan Ke Mahkamah

Diterbitkan: Selasa, 28 Februari 2017 3:16 PM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Dua kakitangan Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada Selasa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan terlibat dalam insiden letupan bunga api yang mencederakan 15 pengunjung ketika sambutan ambang tahun baharu di Klang, awal tahun ini.

Pengarah Jabatan Korporat dan Kemasyarakatan MPK, Zaireezal Ahmad Zainuddin, 41, dan Mohd Nizam Saad, 32, membuat pengakuan itu di dua mahkamah berasingan selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Feisal Mohd Azmi dan Majistret Mariam Maran Abdullah.

Mengikut pertuduhan, Zaireezal didakwa bersubahat dengan Mohd Nizam iaitu mengarahkannya membakar bunga api itu di padang Kompleks Sukan Pandamaran pada 12.01 tengah malam pada 1 Januari lepas.

Mohd Nizam pula didakwa menyebabkan letupan bunga api itu di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Kedua-dua tertuduh didakwa masing-masing melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 109 dan Seksyen 337 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 11 dan 20 April depan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Aliah Atiqah Razali dan Amira Abd Aziz manakala Zaireezal dan Mohd Nizam diwakili peguam V. Ayasamy. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: MPK , letupan bunga api

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan