Kes Culik 'Datuk' Dipindah Ke Mahkamah Tinggi

Diterbitkan: Selasa, 28 Februari 2017 2:41 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Kes enam lelaki yang didakwa terlibat dalam penculikan seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk' bagi mendapatkan wang tebusan bernilai RM19 juta dua tahun lalu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di sini.

Keputusan itu ditetapkan pada Selasa, selepas kes disebut di hadapan Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali dan dua Hakim Mahkamah Sesyen di sini, iaitu Datuk Unaizah Mohd dan Siti Aminah Ghazali. 

Bagaimanapun, tiada tarikh ditetapkan kerana menunggu tarikh yang akan ditentukan Mahkamah Tinggi. 

Permohonan untuk memindahkan kes dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Shahrul Ekhsan Hassim yang memaklumkan beliau telah menerima izin pendakwaan bagi memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi. 

Agensi berita Bernama melaporkan, berdasarkan kes itu, Ang Boon Leong, 40, Lim Sin Chye, 45, Low Sing Hwa, 29, dan Tham Hock Ann, 36, didakwa melarikan dan mengurung secara salah mangsa Chin Yoke Choon, 54. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan tempat letak kereta Hotel Seri Manja Boutique, Bandar Indera Mahkota di sini, pada 5.55 petang, 26 Disember 2015.

Pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 (Semakan 1989) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh digantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan.

Selain itu, mereka juga didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas kesalahan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang iaitu 'Geng William' antara Januari 2015 hingga 4 Februari lalu. 

Bagi kesalahan itu, pendakwaan dilakukan di bawah Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan iaitu boleh dihukum penjara minimum 5 tahun dan maksimum 20 tahun jika disabitkan kesalahan.

Sementara itu, dua lagi rakan mereka Choo Jia Lerk, 23, dan Liew Chee Hwa, 29, didakwa bergaul dengan Geng William tanpa sebab yang munasabah sekitar April 2015 hingga 19 November lalu mengikut Seksyen 130Y kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Peguam S. Sundarajan dan Bob Arumugam mewakili tertuduh.

Tags / Kata Kunci: Culik Datuk

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan