Rogol Ibu Tunggal: Lelaki Dihukum Penjara, Tiga Sebatan

Diterbitkan: Isnin, 27 Februari 2017 5:33 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA PILAH: Seorang lelaki dihukum penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini Isnin selepas mengaku bersalah merogol seorang ibu tunggal berusia 54 tahun, pada 11 Februari lepas.

Razali Mohd Radzi, 34, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Narimah Badruddin.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 11 Februari lepas kira-kira pukul 3 pagi di sebuah rumah di Kampung Guntur, Padang Lebar Batu Kikir.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Akmal Mohamad Azri mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret, Razali turut mengaku bersalah di hadapan Majistret Alau'ddin Baharom atas pertuduhan mencuri sebuah motosikal mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Dia dijatuhi hukuman penjara 18 bulan bermula dari tarikh dia ditangkap dan dikenakan denda sebanyak RM3,000, atau penjara enam bulan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya K. Rinisha Priyya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: rogol , ibu tunggal

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan