Bekas YDP Bebas Dengan Jaminan SPRM

Diterbitkan: Jumaat, 24 Februari 2017 11:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Bekas yang dipertua (YDP) majlis perbandaran sebuah daerah di negeri ini yang ditahan berhubung rasuah dan salah guna kuasa, dibebaskan semalam dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara itu disahkan oleh peguam suspek, Datuk Hanif Hassan. 

"Suspek telah dibebaskan semalam dengan ikat jamin RM15,000," katanya ketika dihubungi.

Suspek berusia 63 tahun dan bergelar Datuk itu ditahan SPRM pada 13 Februari lalu kerana dipercayai melakukan salah guna kuasa ketika memegang jawatan pegawai daerah dan YDP perbandaran di negeri ini, antara September 2009 hingga Ogos 2016.

Dua lagi kontraktor yang turut ditahan berhubung kes sama dibebaskan pada Isnin, juga dengan jaminan SPRM.

Dua kontraktor terbabit disyaki dianugerahi beberapa projek membabitkan pejabat daerah dan majlis perbandaran yang diterajui oleh suspek. --Bernama 




Tags / Kata Kunci: YDP , SPRM

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan