Pembantu Pejabat Terima Padah Tumbuk, Pijak Isteri

Diterbitkan: Jumaat, 24 Februari 2017 4:44 PM

GAMBAR HIASAN

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perbuatan seorang suami yang menumbuk dan memijak badan isterinya serta menjirus wanita itu dengan air, menerima pembalasan selepas Mahkamah Majistret Ampang di sini pada Jumaat menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan terhadapnya.

Majistret Haslinda A Raof menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Syafiq Abdul Halim, 25, seorang pembantu pejabat selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dengan sengaja mencederakan isterinya yang berusia 25 tahun.

Agensi berita Bernama melaporkan, mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 20 Februari lepas.

Tertuduh telah dengan sengaja mencederakan isterinya di sebuah flat di Pandan Jaya, di sini pukul 6 petang, pada 20 Februari lepas mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau dengan denda sehingga RM2,000 atau dengan sebat, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian berlaku perselisihan faham antara pasangan itu sehingga tertuduh bertindak menumbuk bahagian belakang badan mangsa dan juga telah menarik mangsa ke bilik air serta menjirus wanita itu dengan air.

Ahmad Syafiq kemudian mengheret isterinya ke ruang tamu dan menolaknya ke lantai sebelum memijak belakang badan dan tangan isterinya.

Tertuduh juga menyepak mangsa dan menghalau wanita itu dan anak mereka yang berusia dua tahun empat bulan keluar dari rumah.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abdul Razak memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran mengambil kira kepentingan awam.

Katanya tertuduh sepatutnya melindungi isterinya bukannya memukulnya sebegitu rupa. 

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia insaf dan kesal atas perbuatannya itu.

Tags / Kata Kunci: Suami Dera Isteri

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan