Pegawai Kanan MAHB Direman Empat Hari

Diterbitkan: Khamis, 23 Februari 2017 12:36 PM

Pengurus besar kanan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) direman selama empat hari bermula Khamis bagi membantu siasatan kes penyelewengan kira-kira RM80,000 untuk rawatan kecantikan kulit dan program kelangsingan.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang pegawai kanan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bagi membantu siasatan kes penyelewengan kira-kira RM80,000 untuk rawatan kecantikan kulit dan program pelangsingan.

Perintah tahanan reman selama empat hari mulai hari ini ke atas lelaki itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman di Mahkamah Majistret di sini.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 kerana menyalahgunakan kedudukan untuk kepentingan peribadi.  

Menurut sumber SPRM, SPRM memohon tempoh reman selama tujuh hari namun dikurangkan kepada empat hari setelah mahkamah diberitahu lelaki itu mempunyai masalah kesihatan.

Dia ditahan di kediamannya di Kuala Lumpur pada kira-kira 11 pagi Rabu. 

Laporan media menyebut pegawai itu disyaki menyalahgunakan kad kredit korporat yang dibekalkan MAHB kepadanya untuk menjalani satu rawatan yang tidak terdapat dalam kontrak faedah. 

Difahamkan, kad kredit berkenaan hanya untuk kegunaan rasmi berdasarkan apa yang dinyatakan dalam Prosedur Operasi Standard Syarikat. -- Bernama


Tags / Kata Kunci: MAHB , SPRM

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan