Ceroboh Kediaman YDP Dewan Negara, Lelaki Dipenjara

Diterbitkan: Rabu, 22 Februari 2017 6:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipenjara sebulan dan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas mengaku bersalah menceroboh masuk rumah kediaman rasmi Yang Dipertua Dewan Negara Kuala Lumpur tahun lepas.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhi hukuman itu terhadap Habibullah Ramli,26, kerana menceroboh rumah berkenaan di Jalan Galagher di Sentul kira-kira 4.15 petang pada 2 Disember 2016.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu dari tarikh tangkap pada 13 Januari 2017.

Dia juga diperintah menjalani hukuman penjara dua bulan jika gagal membayar denda tersebut. Dia membayar denda.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda yang boleh sampai RM5,000 atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, pada 2 Disember 2016 ketika pengadu iaitu Mohd Firman Mohd Faizal,30, seorang juruteknik, pergi ke kediaman rasmi Yang Dipertua Dewan Negara Kuala Lumpur untuk membuat penyelenggaraan penyaman udara, beliau melihat tertuduh bersama seorang lelaki berlari keluar dari kediaman itu dan menaiki sebuah motosikal.

Pengadu kemudian membuat laporan polis dan tertuduh berjaya ditangkap pada 13 Januari 2017.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik mengalami masalah mental dan memohon mahkamah menempatkannya di Hospital Tanjung Rambutan,Perak.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Dewan Negara , Jalan Galagher , Sentul

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan