Daesh: 'Jengking Malaya' Mengaku Tidak Bersalah

Diterbitkan: Selasa, 21 Februari 2017 3:47 PM

GAMBAR FAIL

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, atas tujuh pertuduhan termasuk menerima arahan berkaitan kumpulan pengganas Daesh tahun lepas.

Agensi berita Bernama melaporkan, Mohammad Firdaus Abdullah, 27, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah yang kemudiannya menetapkan 14 Mac untuk sebutan semula kes.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menerima arahan daripada seorang lelaki Muhammad Fudhail Omar, 25, seorang ahli kumpulan pengganas Daesh melalui aplikasi media sosial Telegram atas nama "Jengking Malaya" untuk melakukan perbuatan pengganas.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Padu Tampoi Industrial Estate, Larkin, Johor Bahru, antara jam 3.38 pagi hingga 3.50 pagi pada 25 Mac 2016 mengikut Seksyen 130FA (b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 130FA Kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Mohammad Firdaus juga dituduh memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Daesh dengan menggunakan Telegram "Gagak Hitam" atas nama "Jengking Malaya", di tempat sama antara 25 Mac 2016 hingga 17 Jun, 2016.

Bagi pertuduhan ketiga, dia dituduh memberi sokongan kepada berlakunya perbuatan pengganas iaitu mencadangkan serangan letupan dengan menggunakan dron terhadap Bukit Aman, Putrajaya, Kuil Free Mason di Bukit Jalil melalui Telegram atas nama Jengking Malaya di alamat sama antara pukul 3.08 pagi hingga 3.41 pagi pada 27 Jun 2016.

Tertuduh juga didakwa dengan pengetahuan memberi sokongan kepada berlakunya perbuatan pengganas iaitu serangan bom di Kelab Malam Movida, Puchong melalui Telegram sama, di tempat sama antara pukul 3.41 pagi hingga 9.03 pagi, pada 27 Jun 2016.

Bagi pertuduhan kelima, dia dituduh memiliki 89 video, sembilan keping imej berkaitan pengganas Daesh serta 34 video berkaitan Al-Qaeda di dalam sebuah cakera keras luaran dan 64 gambar berkaitan Daesh serta dua gambar Al-Qaeda di dalam telefon bimbitnya di alamat sama pukul 6.55 petang pada 4 Ogos 2016.

Pertuduhan keenam dan ketujuh pula, tertuduh didakwa memiliki sebuah buku bertajuk "Tarbiyah Jihadiyah Jilid 12-16, Asy-Syaikh Dr Abdullah Azzam" merupakan item yang mempunyai kaitan dengan perbuatan Daesh dan Al-Qaeda serta memiliki lapan keping imej yang mempunyai kaitan dengan Daesh di dalam sebuah telefon bimbitnya.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Blok A Jalan Suria Muafakat Utama, Taman Suria Muafakat Utama, Larkin, Johor Bahru, antara pukul 7.15 malam hingga 8.25 malam, 4 Ogos 2016.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Munirah Shamsudin manakala tertuduh diwakili peguam Muhamad Imran Mohamad Farok.

Tags / Kata Kunci: Daesh , Jengking Malaya

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan