Rasuah: Bekas YDP Disambung Reman Hingga Jumaat

Diterbitkan: Isnin, 20 Februari 2017 2:16 PM

Gambar fail pegawai SPRM membawa seorang bekas YDP majlis perbandaran sebuah daerah di Negeri Sembilan bergelar 'Datuk' ke Mahkamah Khas Seremban pada 14 Februari lalu untuk mendapat perintah tahanan reman bagi membantu siasatan berkaitan rasuah. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Seorang bekas Yang Dipertua (YDP) majlis perbandaran sebuah daerah di negeri ini, disambung tempoh tahanan reman selama empat hari sehingga Jumaat ini, bagi membantu siasatan kes rasuah.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Reman, Emysuriana Muhammad Subry selepas dipohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau menetapkan tahanan reman suspek berusia 63 tahun itu yang berakhir pada Isnin, disambung mulai Selasa hingga 24 Februari.

Dua lagi kontraktor yang turut ditahan sebelum ini, bagaimanapun dibebaskan pada Isnin, dengan jaminan SPRM.

Suspek yang bergelar Datuk itu ditahan SPRM pada 13 Feb lalu kerana dipercayai melakukan salah guna kuasa ketika memegang jawatan pegawai daerah dan YDP perbandaran di negeri ini, sejak September hingga Ogos 2016.

Dua kontraktor terbabit pula disyaki dianugerahkan beberapa projek membabitkan pejabat daerah dan majlis perbandaran berkenaan. - Bernama

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan