Lelaki Berpangkat Datuk Mengaku Kaki Judi Sabung Ayam - Berita Mahkamah | mStar

Lelaki Berpangkat Datuk Mengaku Kaki Judi Sabung Ayam

Diterbitkan: Isnin, 20 Februari 2017 4:04 PM

GAMBAR HIASAN

(Ubah saiz teks)

KOTA SAMARAHAN: Seorang lelaki bergelar 'Datuk' merupakan antara 25 individu yang mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin terhadap pertuduhan berjudi sabung ayam pada awal bulan ini.

Kesemua tertuduh yang berusia antara 20 dan 69 tahun, masing-masing didenda  RM500 dan penjara satu minggu jika gagal membayar denda oleh Majistret Marutin Pagan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah gelanggang sabung ayam di Taman Berlian di sini pada 5 Feb lepas mengikut Seksyen(3)(1) Ordinan Pencegahan Penganiayaan Kepada Binatang 1973.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azhari Yusof.

'Datuk' berusia 69 tahun itu yang juga bekas anggota Parlimen di negeri ini diwakili peguam Arthur Lee, manakala lain-lain tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Judi Sabung Ayam
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan