Rogol: Pelayan Bar Warga Bangladesh Dipenjara 20 Tahun, 10 Sebatan

Diterbitkan: Isnin, 20 Februari 2017 7:06 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pelayan bar warga Bangladesh dipenjara 20 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, kerana merogol dan menyebabkan kecederaan rakan sekerjanya yang berusia 15 tahun ketika dalam perjalanan pulang daripada tempat kerja, tahun lepas.

Hakim Datin M. Kunasundary menjatuhkan hukuman itu terhadap Md Robin, 28, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah dan setelah mendengar keterangan kesan impak mangsa dalam kes tersebut.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam menukar pengakuannya hari ini yang ditetapkan untuk perbicaraan. Sebelum ini selain mangsa, seorang doktor pakar sakit puan dan perbidanan telah dipanggil untuk memberikan keterangan.

Dalam penghakimannya, hakim itu berkata kesalahan dilakukan tertuduh yang merupakan seorang warga asing adalah jenayah berat dan perbuatannya terhadap mangsa yang masih muda adalah kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Md Robin yang sudah berkahwin dan mempunyai anak masih kecil telah merogol dan menyebabkan kecederaan terhadap seorang remaja di tepi Padang Golf Kelab Diraja Selangor di sini, pada 11 malam, 1 Oktober 2016.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 376(2)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan. 

Berdasarkan fakta kes, ketika kejadian mangsa telah meminta pertolongan tertuduh untuk menghantarnya pulang ke rumah dengan menaiki motosikal milik lelaki itu selepas selesai bertugas.

Dalam perjalanan, tertuduh yang dalam keadaan mabuk telah meminta mangsa untuk membawa motosikalnya dan ketika itu kedua-duanya terjatuh di tepi padang golf berkenaan. 

Tertuduh telah bertindak menindih badan mangsa serta mengarahkan agar tidak melawan, dan apabila berlaku pergelutan lelaki itu mengikat tangan mangsa menggunakan tali lehernya dan tertuduh melakukan seks oral sebelum merogol mangsa. 

Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani Mohd Radzi memohon hukuman berat dan sebatan memandangkan tertuduh merupakan warga asing dan berani melakukan jenayah di sini, selain mangsa yang masih muda juga telah diugut dan dicederakan oleh tertuduh. 

"Kesan daripada kejadian itu mangsa merasa malu dan tidak boleh melupakan peristiwa hitam yang menyedihkan itu," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Bangladesh , rogol

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan