Kelindan Lori Dihukum Sampai Mati Edar Dadah

Diterbitkan: Ahad, 19 Februari 2017 11:22 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Seorang kelindan lori dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Ahad selepas didapati bersalah mengedar dadah di Taman Puteri, Kluang dekat sini, tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Muhammad Jamil Hussin menjatuhi hukuman itu ke atas R. Karuppu Samy, 36, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Muhammad Jamil dalam penghakimannya berkata keterangan tertuduh yang tidak mengetahui kewujudan kotak hitam mengandungi dadah itu adalah jelas penafian semata-mata.

Tertuduh didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 657 gram di sebuah rumah beralamat No 46, Jalan Sutera 2/6, Taman Puteri, Kluang dekat sini pada pukul 12.10 tengah malam, 20 Mac tahun lepas.

Pendakwaan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Seramai 12 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan kes itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni Adzmi manakala tertuduh diwakili peguam Salmi Hamdan Sabran (HE).

Tags / Kata Kunci: Dadah , Kelindan Lori

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan