Khalwat: Suami Isteri Saman Jawi

Diterbitkan: Jumaat, 17 Februari 2017 12:25 PM

Pasangan Ridhuan dan Siti Sarah bersama peguam mereka, Yusfarizal dan Adam Luqman Amdan selepas memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sepasang suami isteri memfailkan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) susulan penahanan mereka dalam operasi khalwat bulan lalu.

Pasangan itu, Mohd Ridhuan Giman, 34, dan isterinya Siti Sarah Maulad Abdullah, 26, telah berkahwin secara sah hampir tiga tahun lalu.

Menerusi saman itu, Mohd Ridhuan, Siti Sarah serta ibu Ridhuan menamakan pegawai penguat kuasa Mohd Shiham Ramli, Mohamad Izehar Md Amin; ketua penguatkuasa Jawi, pengarah Jawi, Jawi, Jabatan Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Saman sivil tersebut telah difailkan tetuan Yusfarizal Aziz & Zaid di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat.

Peguambela pasangan itu, Yusfarizal Yusoff berkata, anakguamnya telah dibawa ke Balai Polis Tun H.S.Lee sebelum ke pejabat Jawi untuk tindakan susulan.

Bagaimanapun, katanya, mereka tidak dibebaskan melainkan menandatangani bon diri.

"Saman itu difailkan di mahkamah sivil kerana penahanan mereka adalah tidak sah dan berlaku pelanggaran hak asasi," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Dalam kejadian pada 8 Januari lalu, tujuh pegawai penguat kuasa lelaki dan seorang penguat kuasa wanita Jawi telah menyerbu sebuah hotel pada pukul 1.30 pagi.

Ridhuan memaparkan gambar sijil nikah mereka kepada pegawai Jawi, tetapi pegawai lelaki jabatan itu didakwa menyerbu masuk walaupun Siti Sarah minta diberi masa untuk memakai baju.

Pegawai Jawi berkenaan terus masuk dan mengambil gambar serta video.

Pasangan itu juga mendakwa ketika Ridhuan dibawa ke lobi hotel, Siti Sarah masih berada dalam bilik bersama pegawai penguat kuasa Jawi lelaki dan terpaksa sekali lagi meminta untuk memakai baju.

Mereka kemudian dibawa ke balai polis sebelum ke pejabat Jawi dan dikurung di bilik berasingan.

Ibu Ridhuan kemudian datang membawa sijil pernikahan asal pada malam yang sama untuk membantu melepaskan anak dan menantunya tetapi pihak Jawi bagaimanapun enggan menerima sijil itu.



Tags / Kata Kunci: Jawi , khalwat , Mahkamah Tinggi

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan