Guru Pendidikan Jasmani Rogol Murid Dipenjara 24 Tahun

Diterbitkan: Jumaat, 17 Februari 2017 4:34 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang guru Pendidikan Jasmani pada Jumaat dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Selayang di sini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan merogol anak muridnya. 

Hakim, Tasnim Abu Bakar menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Ezlie Azram Mohammad Khasasi, 38, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Tertuduh dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan enam sebatan bagi setiap pertuduhan dan mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan berasingan bermula Jumaat.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan permohonan peguam mewakili tertuduh, Dony Abdullah dan Farhan Read untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sementara rayuan difail di Mahkamah Tinggi.

Mohd Ezlie Azram yang juga seorang guru silat menghadapi dua pertuduhan merogol seorang anak muridnya yang ketika itu berusia 11 tahun pada 2011 dan sekali lagi sewaktu mangsa berusia 13 tahun pada 2013, di sebuah rumah di Selayang di sini.

Duda dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shahida Wan Omar memohon hukuman berat mengambil kira tindakan tertuduh yang sepatutnya memberi pendidikan dan perlindungan bukan mengambil kesempatan ke atas anak muridnya. 

"Profesion perguruan adalah pekerjaan yang mulia dan disanjung tinggi, sebagai seorang guru dia tidak sewajarnya melakukan sedemikian," katanya. 

Bagaimanapun, Farhan Read merayu supaya anak guamnya dikenakan hukuman ringan dengan alasan dia mempunyai tanggungan dua orang anak bersama bekas isteri. 

Sebanyak lima saksi pihak pendakwaan dan tiga saksi pihak pembelaan termasuk tertuduh dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula Oktober 2014.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan