Ibu Bunuh Bayi Sendiri Didakwa - Berita Mahkamah | mStar

Ibu Bunuh Bayi Sendiri Didakwa

Diterbitkan: Khamis, 16 Februari 2017 3:10 PM

Fadillah Mohd Zain, 32, didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh anak perempuannya yang berusia dua bulan 19 hari di sebuah rumah di Kuarters Jurutera, Kem Desa Pahlawan Kok Lanas pada 4 Februari lalu. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas tuduhan membunuh anak perempuannya yang berusia dua bulan 19 hari di sebuah rumah di Kuarters Jurutera, Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas, di sini, pada 4 Februari lepas.

Fadillah Mohd Zain, 32, dituduh membunuh Nur Areesa Sofea Jiry antara pukul 1 tengah hari dan 2 petang di rumah yang didiaminya itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.

Majistret Mohd Azrul Hasyimi Muhamad menetapkan 20 Mac ini untuk sebutan semula kes berkenaan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ainul Wardah Shahidan manakala tertuduh diwakili peguam Shamsul Baharin Abdullah.

Media sebelum ini melaporkan seorang wanita dipercayai mengelar leher bayi perempuannya hingga mati dalam satu kejadian di kuarters berkenaan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail dilaporkan berkata siasatan awal mendapati suspek, isteri kepada seorang anggota tentera berpangkat korporal, berkemungkinan mengalami gangguan emosi. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Bunuh Bayi
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan