Pukul Kekasih Guna Papan Rehal, Bapa Satu Anak Didakwa

Diterbitkan: Isnin, 13 Februari 2017 3:29 PM

GAMBAR HIASAN

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bapa anak satu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, Isnin atas pertuduhan memukul teman wanitanya menggunakan papan rehal, dua minggu lepas.

Abdullah Pi, 30, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap jurujual berumur 26 tahun menggunakan papan rehal dan puntung rokok di dalam bilik di sebuah hotel di Jalan Raja Laut, di sini, pada 4 Februari lepas.

Tertuduh yang tidak bekerja didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau dengan denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan-seksaan itu jika sabit kesalahan.

Majistret Mahyudin Mohmad Som tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh kerana tiada penjamin hadir dan menetapkan 10 Mac bagi sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Papan Rehal

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan