Dua Rakan Mengaku Campak Wanita Ke Dalam Sungai

Diterbitkan: Isnin, 13 Februari 2017 3:32 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Dua orang rakan pada Isnin mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan cuba membunuh seorang wanita warga asing dengan mencampaknya ke dalam Sungai Klang pada 6 Februari lepas.

Menurut laporan agensi berita Bernama, Mohamad Aidilfitri Mohd Powet dan Mohd Afiq Jamli, kedua-duanya berusia 21 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Slamat Yahya.

Mohamad Aidilfitri dan Mohd Afiq didakwa bersama-sama memukul wanita berusia 37 tahun itu, memasukkan mangsa ke dalam guni, mengikat kaki dan mencampak wanita itu ke dalam Sungai Klang dengan niat untuk membunuhnya selain perbuatan tersebut turut mendatangkan kecederaan kepada mangsa.

Kedua-dua penganggur itu melakukan kesalahan berkenaan di jambatan Sungai Klang, Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Seksyen 24 di sini pada kira-kira  11 pagi.

 Kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Slamat menetapkan 15 Mac ini untuk menjatuhkan hukuman selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya negeri Naliatul Huzaimi Ab Rasip yang mengendalikan pendakwaan.

Beliau juga tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin.

Naliatul Huzaimi sebelum itu memohon penangguhan tarikh untuk mahkamah menjatuhkan hukuman sementara menunggu laporan akhlak kedua-dua tertuduh daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Mangsa yang juga seorang pekerja kilang terselamat apabila ditemui orang awam dalam keadaan terapung di sungai berkenaan.

Wanita itu dilaporkan ditemukan dalam keadaan separuh sedar dengan kaki diikat menggunakan pita pelekat.

Motif kejadian dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati dengan wanita itu kerana menjalin hubungan dengan anggota keluarga seorang daripada suspek terbabit.

Tags / Kata Kunci: Campak Wanita

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan