Bahana Miliki Bahan Lucah, Pelayan Restoran Dipenjara 12 Bulan

Diterbitkan: Isnin, 13 Februari 2017 2:54 PM

GAMBAR HIASAN

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pelayan restoran dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, Isnin kerana memiliki gambar dan video lucah di dalam telefon bimbitnya di tempat awam.

Hakim Datin M.Kunasundary menjatuhkan hukuman itu ke atas Taslinnaim Tasrip, 24, selepas tertuduh mengaku bersalah memiliki telefon bimbit yang mengandungi gambar dan video lucah di sebuah pusat beli belah di Jalan Tun Sambanthan, di sini, pada 12.05 tengah hari, 5 Januari lepas. 

Mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman bermula dari tarikh ditangkap pada 5 Jan lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Berdasarkan fakta kes, polis menahan tertuduh di tempat kejadian selepas menerima laporan tertuduh terlibat dalam satu kes rogol dan telah merampas telefon bimbitnya.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat gambar dan video lucah dalam telefon bimbitnya dan dia juga telah mengedarkan sebuah video lucah dan sekeping gambar lucah melalui aplikasi Whatsapp kepada seorang wanita berusia 19 tahun yang juga pelajar kolej.

Ketika rayuan tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan dengan alasan dia menyara keluarga.

Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani Mohd Radzi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat mengambil kira kesalahan tertuduh adalah serius selain dia telah mengambil kesempatan mengedar gambar dan video lucah itu kepada mangsa.

Pada 10 Jan lalu, lelaki itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol mangsa sama di sebuah rumah di Brickfields, di sini, pada pukul 10 malam, 26 Disember 2016, mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 13 Mac untuk sebutan semula kes itu. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Bahan Lucah

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan