Penghantar Surat, Empat Lain Didakwa Salah Guna Wang Bank Hampir RM11 Juta

Diterbitkan: Jumaat, 10 Februari 2017 4:15 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penghantar surat dan abangnya serta tiga yang lain mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, Jumaat atas lapan pertuduhan menyalah guna wang milik sebuah bank berjumlah RM10,974,484.80, tiga tahun lepas.

Penghantar surat Noor Hazaini Yahya, 44, didakwa atas tiga pertuduhan menyalahgunakan wang milik Maybank Islamic Berhad berjumlah RM6,547,187.96 yang dimasukkan ke dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya.

Empat lagi iaitu abang Noor Hazaini, Nor Yasmi, 45, Muhammed Khairiz Khalid, 40, Hazrin Izudin Jamaluddin, 44, dan Awis Khorni Mohamad, 27, dituduh menyalahgunakan wang milik Maybank Islamic Berhad berjumlah antara RM21,318.80 dan RM3,305,380 yang dimasukkan kedalam akaun Maybank Islamic Berhad milik mereka.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Menara Maybank di Jalan Tun Perak di sini antara 12 Oktober 2014 dan 28 Januari 2015, mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum lima tahun penjara dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Noor Hazaini juga mengaku tidak bersalah atas satu lagi pertuduhan iaitu menerima RM3,746,000 yang merupakan hasil daripada aktiviti pengubahan wang haram ke dalam akaun Tabung Haji miliknya di Lembaga Tabung Haji, Level 34, Ibu Pejabat Tabung Haji, Jalan Tun Razak, antara 26 November 2014 dan 29 Januari 2015.

Pertuduhan itu mengikut subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti  haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hakim Zaman Mohd Noor membenarkan kesemua tertuduh masing-masing diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Mei untuk sebutan semula kes.

Mahkamah juga membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya perbicaraan kes itu dijalankan bersama kes 24 individu lagi yang telah didakwa atas pertuduhan sama Rabu lepas.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Ilmami Ahmad dan Asmah Musa, manakala peguam Mohd Falihin Kamil Mohamed Sazali mewakili Muhammed Khairiz dan peguam Siti Hajarul Ain Mohd Yusof bagi pihak Awis Khorni.

Di luar mahkamah ketika ditemui pemberita, Asmah berkata kes itu melibatkan transaksi secara salah yang dilakukan pada waktu tengah malam ketika pihak bank sedang mengemas kini transaksi atas talian.- BERNAMA


Tags / Kata Kunci: penghantar surat , wang bank , salah guna

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan