Penjual Ayam Goreng Miliki Dadah Dipenjara Lapan Tahun, 10 Sebatan

Diterbitkan: Selasa, 7 Februari 2017 5:10 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penjual ayam goreng dihukum penjara lapan tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki 235 gram kanabis.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohamad Shariff Abu Samah menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Aiman Syaamil Rosli, 22, dan memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 13 Jun 2016.

Pada mulanya Muhammad Aiman didakwa atas pertuduhan mengedar dadah itu mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan, tetapi hari ini pendakwaan meminda pertuduhan mengedar kepada memiliki dadah.

Dalam keputusannya Mohamad Shariff berkata kesalahan dadah adalah berat, menjijikkan yang bukan sahaja merosakkan moral tetapi boleh meruntuhkan negara dan tertuduh bernasib baik kerana pihak pendakwaan meminda pertuduhannya.

"Umur kamu masih muda, masa depan yang sangat cerah. Hukuman ini supaya tertuduh berubah dan bertaubat," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Muhammad Aiman Syaamil didakwa memiliki dadah itu di hadapan Maybank tepi jalan Wangsa Delima 11, Wangsa Maju, di sini pada 5 petang, 13 Jun 2016 mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau minimum lima tahun dan boleh juga dikenakan sebat tidak kurang 10 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Nazneen Zulkifli manakala tertuduh diwakili peguam Hasnan Hamzah.

Tags / Kata Kunci: Dadah

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan