Rasuah: Guru Besar Dipenjar Lapan Bulan

Diterbitkan: Isnin, 6 Februari 2017 2:30 PM

GAMBAR HIASAN

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang guru besar dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin selepas didapati bersalah terhadap dua pertuduhan menerima RM4,400 daripada seorang pengusaha kantin, tiga tahun lepas.

Menurut laporan Bernama. suapan itu bagi mendapatkan surat sokongan untuk melanjutkan kontrak kantin di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Rawang.

Hakim Asmadi Hussin menjatuhkan hukuman itu terhadap M. Subramaniam, 56, selepas berpuas hati pembelaan gagal membangkitkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Seramai 12 saksi pendakwaan dan lima saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Asmadi menjatuhkan hukuman penjara empat bulan selepas tertuduh didapati bersalah menerima cek bernilai RM1,500 di kantin sekolah itu, antara 11 pagi dan 2 petang, pada 30 Januari 2014.

ahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara empat bulan ke atas Subramaniam selepas dia didapati bersalah menerima wang tunai RM2,900 di bilik makan guru kantin sekolah itu, pada 3.15 petang, 8 Oktober 2014.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, Subramaniam, yang kini berkhidmat sebagai guru besar di sekolah lain, didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Asmadi memerintahkan hukuman pemenjaraan berjalan secara berasingan berkuat kuasa Isnin.

Beliau, bagaimanapun membenarkan permohonan tertuduh yang diwakili peguam M. Athimulan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu proses rayuan, namun menaikkan jumlah jaminan daripada RM5,000 kepada RM10,000.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada Isnin minggu pertama setiap bulan sehingga proses rayuan selesai. 

Terdahulu, Athimulan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan atas alasan anak guamnya telah berkhidmat dalam profesion perguruan kira-kira 30 tahun.

"Wang itu adalah untuk kegunaan meningkatkan tahap pendidikan murid-murid di sekolah. Pohon satu hukuman yang sewajarnya memandangkan anak guam saya juga tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan mempunyai tiga anak yang masih belajar," katanya.

Pegawai Pendakwa dari SPRM, Mahamad Sukri Abu Seman, yang mengedalikan pendakwaan, bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana tertuduh jelas telah menyalah guna jawatan dan kedudukannya dalam kes itu.

Katanya, hukuman yang dijatuhkan perlu memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang lain yang bercadang untuk melakukan perbuatan sama.

Tags / Kata Kunci: Rasuah

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan