Dipenjara Gara-Gara Curi Milo

Diterbitkan: Isnin, 6 Februari 2017 4:11 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gara-gara mencuri empat paket Milo daripada sebuah pasar raya, seorang peniaga pasar karat dihukum penjara sehari dan denda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu ke atas Lokman Hakim Mohamed, 33, selepas dia mengaku bersalah mencuri empat paket Milo bernilai RM151.60, di pasar raya AEON Midvalley, Brickfields, di sini, pada 9 malam, 3 Februari lepas.

Menurut laporan Bernam, mahkamah memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 3 Februari lepas dan tertuduh akan dipenjara sebulan lagi jika gagal membayar denda.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda dan bagi kesalahan kali kedua atau yang seterusnya hendaklah diseksa dengan penjara dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia menyara anak serta isterinya yang sedang sarat hamil manakala Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran. 

Tags / Kata Kunci: Curi , Milo

iklan

Video

Rabu, 26 Julai 2017 3:46 PM

Saya Bukan Artis Murahan! - Elvina

Selasa, 25 Julai 2017 3:00 PM

Aaron Abdul Iras Sudirman?

Selasa, 25 Julai 2017 12:00 PM

Eyka Farhana Diusik Minta Nombor Telefon

Selasa, 25 Julai 2017 9:00 AM

Tauke Jambu Tak Sabar Naik Pelamin

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Kolumnis

iklan

Iklan